Tahukah anda apakah kesilapan terbesar kerajaan Malaysia dalam menangani isu H1N1 ???
Kesilapan kerajaan kita ialah tidak mengumumkan di mana kawasan kematian terbanyak dan terbaru di dalam negara kita.
Alasan yang selalu kita dengar dari kerajaan ialah ia tidak mahu menimbulkan panik dikalangan publik.Tahukah anda bahawa itu hanyalah alasan tak masuk akal.Kerajaan hanya mahukan aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar.Tahukah anda setiap aktiviti ekonomi melibatkan pertemuan dan persentuhan sesama manusia.
Tahukah anda bahawa H1N1 adalah penyakit berjangkit. Dari info-info ia adalah penyakit bawaan angin yang di mana manusia yg dijangkiti H1N1 adalah agennya.Sentuhan,pertemuan,perkongsian dan lain-lain yg sewaktunya menyebabkan agen yang telah dijangkiti akan menyebarkan penyakit kpd manusia yg lain.
Jika kerajaan mengumumkan kawasan-kawasan hotspot H1N1 misalnya kawasan Parlimen Sandakan maka hanya 2 langkah sahaja diperlukan untuk membendung wabak ini :
1] Penduduk di kawasan Parlimen Sandakan tidak boleh keluar kawasan.Bermakna jika mahu beraktiviti seperti membeli belah,ke masjid,memancing dan lain-lain mestilah di dalam kawasan Sandakan.
2] Penduduk di luar kawasan Parlimen Sandakan dilarang masuk ke dalam Perimeter kawasan Sandakan.Yang boleh masuk ke dalam perimeter Sandakan cuma para doktor sahaja.Itupun jika doktor di Sandakan tidak mencukupi.
Tahukah anda langkah-langkah kurantin di atas sebenarnya adalah anjuran Nabi Muhammad S.A.W
Sabda Baginda:"Apabila kamu mendengar satu wabak penyakit berjangkit di sesuatu daerah maka janganlah memasuki ia (daerah tersebut). Dan apabila kamu berada dalam daerah yang sedang dilanda wabak penyakit berjangkit maka janganlah kamu keluar darinya." Sahih: Hadis dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf dan Sa‘ad radiallahu ‘anhuma, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Uwanah, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5728 & 5729.
dan sepotong hadis yang lain, Sabda Baginda:".....dan larilah kamu dari penyakit Kusta* sebagaimana kamu lari dari seekor singa. " Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Bukhari sahaja secara muallaq, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5707
*Tahukah anda apakah dia penyakit kusta?? Penyakit kusta juga adalah penyakit berjangkit seperti H1N1.
Diringkasan ini,disarankan kita mengikut sunnah nabi.Percayalah sudah tentu ada hikmahnya.Penyakit H1N1 yang menimpa negara ini sudah tentulah dalam pengetahuan Allah S.W.T
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."As Syuura: 30
1 Komen:
ooo baru saya tahu.
Catat Ulasan