Rabu, 9 September 2009
Vitamin D untuk mengelakkan jangkitan A(H1N1)
Vitamin D adalah lazimnya dihasilkan oleh lapisan kulit yang terkena cahaya matahari yang mana ini memberi secukupnya vitamin D pada manusia di zaman lampau. Di zaman sekarang di mana kita seboleh mungkin mengelak dari sinaran matahari, penghasilan semulajadi vitamin D dalam tubuh kita adalah terlalu sedikit. Di tambah pula untuk bangsa Melayu (dan India) yang mempunyai kulit yang gelap, penghasilan vitamin D adalah jauh kurangnya dari bangsa yang berkulit cerah.
Adalah disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,000 IU vitamin D3 sehari jika kita tidak langsung terdedah kepada cahaya matahari seharian. Sebagai perbandingan, pil Kalsium + Vit D mengandungi cuma 200 IU vitamin D3. Maka kita seharusnya mengamalkan aktiviti luaran seperti berjalan kaki (tanpa berpayung) atau berkebun sekurang-kurangnya selama 15 minit dalam sehari. Jika aktiviti tersebut dibuat sambil berpakaian yang menutup sebahagian besar tubuh, ianya hendaklah dibuat dengan tempoh yang lebih lama.
Kegemukan
Oleh kerana vitamin D adalah mudah larut dalam lemak, golongan yang gemuk kebiasaannya akan menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin D terutama mereka yang tidak gemar membuat aktiviti luar.
Golongan ini memerlukan lebih terdedah dengan sinar matahari untuk memastikan cukup bekalan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh mereka. Begitu juga jika mengambil suplemen, mereka mesti mengambil pada kadar yang lebih dari sukatan biasa.
Sumber lain yang juga kaya dengan vitamin D adalah minyak ikan cod - bagus diamalkan untuk kanak-kanak setiap hari.
Untuk bacaan dan rujukan:
1. Canada examines vitamin D for swine flu protection
2. Epidemic Influenza And Vitamin D
3. H1N1 Flu And Vitamin D
4. Vitamin D is Called the Sunshine Vitamin for Good Reason
5. On the epidemiology of influenza
6. Sunlight, vitamin D and health: A D-lightful story
Sabtu, 5 September 2009
H1N1: Elak dari menggunakan topeng muka yang boleh dibasuh dan dipakai semula
Jumaat, 28 Ogos 2009
H1N1: Pengambilan Gula Berlebihan Melemahkan Sistem Imunisasi Tubuh
Fakta ringkas:
2. Gula berlebihan akan menghalang Vitamin C daripada diserap kedalam tubuh. Vitamin C adalah komponen utama yang diperlukan sel badan untuk merangsang sistem imunisasi tubuh melawan virus/bakteria. Oleh itu, kekurangan Vitamin C akan melemahkan sistem imunisasi tubuh.
3. Sila pastikan label makanan anda mengandungi paras gula yang rendah. Gula juga dikenali dengan nama
Glukosa Fruktosa Laktosa Maltosa Sukrosa Sirap Glukosa Sirap maple Molases Sirap hitam Sirap kencana Dektrosa Sorbito.
4. tubuh manusia hanya memerlukan kura-kira 1 sudu teh sahaja gula. Ini kerana, tubuh menukarkan makanan seperti karbohidrat (nasi, roti) juga kepada gula (glukosa) yang akan ditukarkan menjadi tenaga.
5. Oleh itu, mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman insyaAllah boleh membantu dalam memperkuatkan sistem imunisasi tubuh kita.
6. Malaysia merupakan pengguna gula terbanyak didunia. Setiap perayaan disajikan dgn pelbagai kuih muih yang dilapisi gula ntah berapa sudu.
7. Orang paling kaya di Malaysia adalah taukeh gula. (Go figured!)
sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-39523.html
http://www.healingdaily.com/detoxification-diet/sugar.htm
http://www.thebody.com/content/living/art31115.html
Rabu, 26 Ogos 2009
Fakta berkenaan Penggunaan Topeng Muka (Face Mask)
Fakta 2: Topeng muka yang mempunyai 3 lapisan (seperti dalam rajah) hanya memberi perlindungan yang sangat terhad daripada seseorang itu dijangkiti H1N1. Orang yang sakit sahaja yang perlu memakai topeng muka ini. Jangkitan H1N1 tidak berlaku melalui udara.Fakta 3: Jika berada berdekatan dengan mereka yang terkena jangkitan, pada masa ini, penggunaan topeng muka biasa (seperti gambar diatas) sahaja tidak mencukupi. Anda perlu memakai topeng muka N95(respirator) (gambar dibawah) seperti yang disarankan CDC.

1. Menjarakkan diri daripada mereka yang sakit terutamanya yang mempunyai simptom flu, ILI. Jarak terbaik adalah 1 meter lebih.
Selasa, 25 Ogos 2009
Tahukah anda ???
Kesilapan kerajaan kita ialah tidak mengumumkan di mana kawasan kematian terbanyak dan terbaru di dalam negara kita.
Alasan yang selalu kita dengar dari kerajaan ialah ia tidak mahu menimbulkan panik dikalangan publik.Tahukah anda bahawa itu hanyalah alasan tak masuk akal.Kerajaan hanya mahukan aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar.Tahukah anda setiap aktiviti ekonomi melibatkan pertemuan dan persentuhan sesama manusia.
Tahukah anda bahawa H1N1 adalah penyakit berjangkit. Dari info-info ia adalah penyakit bawaan angin yang di mana manusia yg dijangkiti H1N1 adalah agennya.Sentuhan,pertemuan,perkongsian dan lain-lain yg sewaktunya menyebabkan agen yang telah dijangkiti akan menyebarkan penyakit kpd manusia yg lain.
Jika kerajaan mengumumkan kawasan-kawasan hotspot H1N1 misalnya kawasan Parlimen Sandakan maka hanya 2 langkah sahaja diperlukan untuk membendung wabak ini :
1] Penduduk di kawasan Parlimen Sandakan tidak boleh keluar kawasan.Bermakna jika mahu beraktiviti seperti membeli belah,ke masjid,memancing dan lain-lain mestilah di dalam kawasan Sandakan.
2] Penduduk di luar kawasan Parlimen Sandakan dilarang masuk ke dalam Perimeter kawasan Sandakan.Yang boleh masuk ke dalam perimeter Sandakan cuma para doktor sahaja.Itupun jika doktor di Sandakan tidak mencukupi.
Tahukah anda langkah-langkah kurantin di atas sebenarnya adalah anjuran Nabi Muhammad S.A.W
Sabda Baginda:"Apabila kamu mendengar satu wabak penyakit berjangkit di sesuatu daerah maka janganlah memasuki ia (daerah tersebut). Dan apabila kamu berada dalam daerah yang sedang dilanda wabak penyakit berjangkit maka janganlah kamu keluar darinya." Sahih: Hadis dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf dan Sa‘ad radiallahu ‘anhuma, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Uwanah, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5728 & 5729.
dan sepotong hadis yang lain, Sabda Baginda:".....dan larilah kamu dari penyakit Kusta* sebagaimana kamu lari dari seekor singa. " Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Bukhari sahaja secara muallaq, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5707
*Tahukah anda apakah dia penyakit kusta?? Penyakit kusta juga adalah penyakit berjangkit seperti H1N1.
Diringkasan ini,disarankan kita mengikut sunnah nabi.Percayalah sudah tentu ada hikmahnya.Penyakit H1N1 yang menimpa negara ini sudah tentulah dalam pengetahuan Allah S.W.T
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."As Syuura: 30
Isnin, 24 Ogos 2009
Bagaimana Mexico Menangani A-H1N1
How Mexico licked the flu
BY PAUL GABRIEL
Football matches were played to empty stadiums, no more than six people were allowed into an elevator, and press conferences were held in the open air. These were some of the strict measures taken to contain the influenza A (H1N1) in Mexico City, shares Mexico’s Deputy Foreign Minister Lourdes Aranda.SINCE Mexico reported its first cases of the H1N1 flu virus to the World Health Organisation (WHO) on April 23, the virus has spread with unprecedented speed to 170 countries and territories worldwide, with 177,450 confirmed cases.
It was later that day that Canadian public health authorities announced that the Mexican virus was the H1N1 “swine flu” virus.
Health authorities around the world went on an alert as WHO disclosed that several hundred cases of “swine flu” were reported in Mexico, with Mexican authorities speaking for the first time of an epidemic.
Mexican President Felipe Calderon declared an emergency and ordered the closure of schools, nurseries, universities, theatres and museums until further notice in Mexico City, the world’s most populous city with 24 million inhabitants, to stop the spread of the disease.
dari The Star .. lagi di siniApabila Panik Reda
Apa yang perlu disedari ialah virus A-H1N1 adalah virus yang dikira baru walaupun telah ada rekod kemunculannya di AS sebelum ini, tetapi penularannya dapat dibendung dan ianya tidak tersebar. Penyebaran virus pada kali ini terjadi dengan amat cepat. Dari kes besar di Mexico di mana seramai 60 orang telah mati pada April tahun ini sehingga kini, ianya telah menular ke merata dunia, cuma dalam masa empat bulan sahaja. Di mana terdapat pergerakan manusia keluar dan masuk ke sesuatu kawasan itu, pasti virus ini akan sampai juga akhirnya.
Buat masa ini kita disaran supaya menggunakan topeng muka untuk mencegah jangkitan virus ini terutamanya untuk para pengidap selsema A-H1N1. Dan sekiranya dijangkiti, ubat selsema yang berkesan hanyalah Tamiflu yang dicipta oleh syarikat farmaseutikal Gilead untuk menangani wabak selsema burung dahulu. Walaubagaimanapun terdapat semakin banyak kes jangkitan A-H1N1 dikesan tidak bertindakbalas dengan Tamiflu sejak akhir-akhir ini.
Dengan penularan yang amat cepat ini, ianya hanya menunggu masa sahaja apabila virus A-H1N1 akan berada di mana sahaja di negara kita yang terdapat penduduk. Jika saranan kementerian kesihatan diambil pakai oleh kita semua, nampaknya semua warga Malaysia bahkan semua penduduk dunia akan terpaksa memakai topeng muka sepanjang hari untuk mengelak terkena A-H1N1.
Apa yang akan terjadi selepas ini?
Vaksin yang giat dibangunkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal gergasi dunia masih lagi di peringkat ujian dan hanya akan boleh diambil seawal-awalnya pada bulan Oktober tahun ini. Walaubagaimanapun jika terdapat sebarang keraguan akan keberkesanannya, penggunaan vaksin ini mungkin juga dilewatkan ke tarikh lain.
Seperti dinyatakan terdahulu, virus A-H1N1 adalah virus baru, bermakna tubuh manusia tidak terdapat pertahanan untuk menanganinya. Berbeza dengan selsema biasa (flu) yang juga diakibatkan oleh lebh dari 200 jenis virus, yang telah lama menular dan badan kita telah mendapat semacam pengalaman untuk sesetengah virus selsema ini, A-H1N1 akan mengakibatkan badan kita terpaksa berdepan dengan ancaman baru. Apabila dijangkiti, ia memerlukan lebih kurang dua minggu untuk membina sistem pertahanan diri untuk berdepan dengan virus ini. Jika sekiranya tidak mempunyai sistem pertahanan tubuh secukupunya, ada kemungkinan pengidapnya mendapat gejala yang teruk dalam masa dua minggu ini. Gejala teruk ini juga boleh sehingga membawa maut seperti yang terjadi sekarang ini.
Walaubagaimana pun, lambat laun dengan merebaknya virus A-H1N1 ke serata pelusuk dunia, kita cuma mempunyai tiga pilihan untuk menghadapinya:
- Mengelak dari dijangkiti dengan memakai topeng muka dan sebagainya
- Mengambil vaksin untuk menguatkan sistem pertahanan badan
- Menghadapi virus ini dengan cara semulajadi dan badan kita akan membina pertahanan A-H1N1 dengan sendirinya
Proses pembinaan pertahanan diri ini adalah satu proses semulajadi yang terjadi sepanjang masa.
Kita terkejut disebabkan oleh magnitud penularan dan jumlah kematian yang tinggi disebabkan oleh A-H1N1 ini. Kemungkinan angka kematian yang tinggi ini adalah disebabkan manusia zaman sekarang telah dimanjai dengan permakanan mewah dan tidak berkhasiat yang memberi kesan buruk kepada sistem imun, dan juga bahan-bahan pencemaran sekeliling telah memberi tekanan kepada badan kita sehingga sesetengah dari kita tidak berupaya untuk menghadapi sebarang serangan dari virus baru seperti A-H1N1 ini.
Kesimpulan: Jagalah kesihatan kita sendiri dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membuat senaman secukupnya.
Originally By: AbgJoe
Ahad, 23 Ogos 2009
Langkah Mencegah Penularan Virus Influenza A (H1N1)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti:
1. mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan. Tangan hendaklah dicuci dengan sabun dan air (pencuci beralkohol/antibakteria adalah efektif dalam mengelakkan penularan virus H1N1)
2. mengamalkan adab batuk yang sesuai (menutup mulut dengan tisu dan membasuh tangan sesudah itu, tidak menyentuh bahagian muka dan mulut selepas batuk atau bersin atau selepas memegang permukaan atau alatan-alatan yang terdedah).
3. tidak menyentuh bahagian muka (mulut, mata dan hidung) kerana virus boleh memasuki tubuh melalui sentuhan.
4. mengamalkan penggunaan topeng muka (face mask) apabila berada ditempat umum/sesak.
5. elakkan dari berada berhampiran dengan mereka yang mengalami ILI (influenza like illness)/simptom-simptom influenza.
sumber: CDC




