Memaparkan catatan dengan label status terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label status terkini. Papar semua catatan

Ahad, 25 Oktober 2009

Obama Isytiharkan H1N1 sebagai kecemasan kebangsaan (National Emergency)

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

WASHINGTON 25 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan influenza A (H1N1) sebagai kecemasan kebangsaan, lapor White House, semalam.
Pengumuman itu akan memudahkan kemudahan perubatan AS untuk mengendalikan peningkatan pesakit selesema dengan membenarkan pengecualian beberapa keperluan Medicare, Medicaid dan program insurans kesihatan Persekutuan lain yang diperlukan, menurut White House dalam satu kenyataan.
Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit AS kelmarin memberitahu selesema babi telah merebak dengan meluas di 46 dari 50 negeri di AS dan menjangka lebih banyak lagi akan dijangkiti wabak itu.
Menurut White House, deklarasi itu bertujuan supaya negara bersiap sedia menghadapi keadaan ‘peningkatan pesat dalam penyakit yang boleh membebani sumber-sumber penjagaan kesihatan’. – Reuters

Lagi sumber:  http://www.mysinchew.com/node/30559

US tops 1,000 swine flu deaths, millions of cases: official 

Highlights: sehingga hari ini, terdapat jutaan kes H1N1 telah dilaporkan di US. kematian dicatatkan lebih 1000 orang, iaitu satu perlima dari jumlah kematian yang dicatatkan diseluruh dunia. Menurut laporan berita, vaksin yang ada di US dikatakan tidak cukup untuk menampung permintaan pesakit yang mempunyai ILI.


TINDAKAN KITA:

Gelombang H1N1 menunjukkan peningkatan mendadak di US. Walaupun tidak ada kematian baru secara rasmi dilaporkan setelah 3 minggu, namun menurut laporan Kementerian Kesihatan melalui blog H1N1 mereka, negara kita masih mencatatkan bilangan mereka yang disahkan positif H1N1. 

Jumlah kematian yang tidak bertambah tidak mencerminkan keadaan yang semakin baik. Oleh itu, kita harus meningkatkan kesedaran tentang H1N1, menjaga kebersihan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sentiasa waspada tentang jangkitan H1N1.

 Untuk maklumat lanjut mengenai vaksin, cara pencegahan, dan berita-berita terkini, sila kli menu yang tertera diatas. 



Rabu, 9 September 2009

Statistik A(H1N1) 9hb Sep 2009

klik untuk besarkan
Statistik A(H1N1) setakat 9hb Sep 2009. Terdapat perbezaan angka kematian (75) berbanding dengan jumlah yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu 73 setakat hari ini. Angka rasmi KK kemungkinan besar adalah untuk jumlah kematian rakyat Malaysia seramai 73 orang. Ini tidak termasuk 1 kematian rakyat Indonesia dan 1 kematian rakyat Togo.

Jumaat, 4 September 2009

Terkini H1N1

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
4 September 2009

Sumber:http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php

Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 103 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,176 pesakit ILI sedang dirawat di 108 buah hospital termasuk 12 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 236 pesakit (20.1%) yang telah disahkan positif H1N1.

Daripada 236 kes yang disahkan H1N1, 49 kes berada di ICU di mana 10 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 49 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (67.3%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit respiratori (asma, COPD) (6); penyakit kronik seperti penyakit jantung (1), Diabetes Mellitus (4), penyakit buah pinggang (2), penyakit immunosuppressive (1); hamil (1); obesiti (9) dan kanak-kanak/bayi (9).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Berdasarkan panggilan hotline, 5 soalan yang paling kerap diterima daripada orang ramai adalah berkaitan vaksin, situasi semasa Influenza A(H1N1), simptom/gejala dan penyebaran serta langkah-langkah pencegahan.

Sehingga kini masih belum ada vaksin di pasaran untuk melindungi seseorang daripada Influenza A(H1N1). Vaksin ini masih di peringkat ujian klinikal.Orang ramai masih kurang jelas dengan simptom/gejala influenza A(H1N1). Gejala Influenza A(H1N1) adalah demam, batuk, sakit kepala, sakit sendi dan badan, selesema dan sakit tekak serta susah bernafas.

Orang ramai perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Menutup mulut ketika bersin dan batuk.

  2. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk dan bersin.

  3. Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.

  4. Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

  5. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak

Sekiranya seseorang berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam. Individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi dan mengalami gejala influenza A(H1N1) perlu segera mendapatkan rawatan awal.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 dan 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan ke alamat email cprc_h1n1@moh.gov.my. Maklumat terkini juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 4 September 2009

Isnin, 31 Ogos 2009

H1N1: RAKYAT MALAYSIA KURANG MEMAHAMI A(H1N1)

KUALA LUMPUR, Aug 29 (Bernama) -- A report by the World Health Organisation (WHO) revealed that Malaysians have low understanding and poor knowledge on the spread of influenza A (H1N1).

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the WHO report he received on Thursday showed that the public did not take H1N1 seriously, leading to an increase in cases.


He said of the four campaigns, that on the wearing of nose and mouth masks, personal hygiene, use of sanitisers and hand cleaning, only the wearing of masks had given the public the most awareness. "Public awareness on measures to check the spread of H1N1 is still low, despite the many campaigns held from May to Aug. This includes high risk groups.
 RINGKASAN

1.Rakyat Malaysia tidak memiliki kefahaman dan pengetahuan yang cukup tentang penularan virus Influenza A(H1N1)

2. Kenyataan tersebut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasukan pakar pemantau WHO yang memantau pandemik H1N1 dinegara ini dan juga memantau kempen serta aktiviti publisiti mencegah penularan H1N1

3. Masyarakat hanya menitik beratkan penggunaan topeng tetapi tidak mempedulikan hal menjaga kebersihan tangan terutamanya mencuci tangan dengan sabun pembasmi kuman.

Tambahan: Menurut maklumat yang kami terima, dibandar Manchester, UK, pihak city council mengedarkan risalah/leaflet dari rumah ke rumah sebagai langkah berterusan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, bermula dari rumah. Tindakan ini adalah sangat berkesan sekali memandangkan kempen melalui televsyen sahaja tidak mencukupi dan tidak memberi impak maksima keatas kesedaran rakyat tentang penularan H1N1.

Jumaat, 28 Ogos 2009

TERKINI H1N1: 7 KANAK-KANAK, 2 WANITA MENGANDUNG KRITIKAL.

sumber: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/22babies/Article/index_html

7 kanak-kanak dan 2 wanita mengandung antara 53 pesakit H1N1 yang sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) diseluruh negara. Kondisi mereka dikatakan kritikal akibat komplikasi-komplikasi lain.

Seramai 1394 pesakit dengan simptom ILI dirawat di seluruh negara. 253 daripadanya adalah disahkan positif H1N1.

Rabu, 26 Ogos 2009

LAGI Mangsa Influenza A (H1N1) ke-71 : Seorang WANITA 24 thn

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-



Seorang wanita berumur 24 tahun yang obes mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 08.08.09. Pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10.08.09 dan dirawat sebagai viral pneumonitis. Pada 12.08.09, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Rawatan antiviral dimulakan pada 12.08.09 dan ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17.08.09. Walau bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pada 19.08.09. Sebab kematian adalah H1N1 with Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS).

sumber : MOH

nota: Arwah meninggal hampir seminggu lepas. Kenapa tidak maklumat lengkap nya terus diumumkan? Apa yang kerajaan cuba sembunyikan? Apa yang sedang berlaku dalam 1Malaysia ni????

Selasa, 25 Ogos 2009

Mangsa Influenza A (H1N1) ke-70 : Seorang kanak-kanak 3 tahun

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Beliau mendapatkan rawatan awal pada 12 Ogos 2009 di hospital kerana kejadian demam sawan bersama batuk selama 2 hari. Pada 13 Ogos 2009 keadaan pesakit semakin tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan rawatan tamiflu dimulakan. Hasil ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17 Ogos 2009. Walaubagaimanapun beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2009 dengan sebab kematian H1N1 Encephalitis with Cerebral Odema and Multiorgan Failure.  (MOH)

140,000 rakyat Malaysia kemungkinan menghidapi Influenza A (H1N1)

Menurut Menteri Kesihatan, Datu Seri Liow Tiong Lai, kemungkinan 140,000 rakyat Malaysia berkemungkinan menghidapi virus selsema H1N1.

sumber: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/2lai/Article/index_html

1. Angka 140,000 berdasarkan 7,000 jumlah kes positif H1N1 yang dilaporkan sehingga kini. (angka 7,000 didarab dengan 20 untuk menunjukkan jumlah kes sebenar dalam komuniti).

2. Daripada 69 kematian yang dicatatkan, 70% daripadanya merupakan mangsa yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan (co-morbid condition), manakala 27% pula lewat mendapatkan rawatan.

3. Datuk Seri LTK mengatakan bahawa kematian mangsa ke 69, seorang guru berusia 38 mungkin boleh dielakkan jika pengamal perubatan berkenaan bertindak memberikan antiviral Tamilflu dengan lebih awal kepada mangsa kerana mangsa dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi (obese).

Kesimpulan:

1. Sila ketahui hak anda untuk mendapatkan NASIHAT dan KEFAHAMAN yang jelas tentang penyakit anda.

2. SILA BERTANYA kepada doktor anda akan keadaan anda yang sebenarnya dan rawatan yang akan diberikan kepada anda.

3. Jika anda tidak berpuas hati akan rawatan atau layanan doktor berkenaan, sila dapatkan pendapat doktor lain (get second opinion).

4. Bersikap tegas mungkin menyelamatkan nyawa anda.

Isnin, 24 Ogos 2009

Korban H1N1 69 orang: Guru SMK USJ 12 Korban Terbaru H1N1

Jumlah Korban H1N1 terbaru: 69 orang.


http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/24/nation/20090824140906&sec=nation

PUTRAJAYA: The SMK USJ 12 teacher who died on Aug 19 has been confirmed to have died of influenza A (H1N1), said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

With this, the death toll now has increased to 69, he said, adding that private clinics and hospitals must expedite diagnosis and treatment.

Statistik A-H1N1 di Malaysia

klik untuk dibesarkan
Jadual perangkaan A-H1N1 di Malaysia setakat 23/8/2009

Sumber perangkaan adalah dari kenyataan Kementerian Kesihatan dan juga dari berita mengenai kemungkinan penyakit selsema babi yang tidak dimasukkan dalam senarai rasmi.

Perlu diingat bahawa jumlah di dalam ICU kemungkinannya adalah jumlah keseluruhan untuk hari yang dinyatakan dan bukannya angka untuk pesakit baru.

Ahad, 23 Ogos 2009

Situasi Terkini: 22 Ogos 2009

Kes Kematian : Tiada



Jumlah Kematian : 68

Pesakit Baru dengan gejala influenza-like-illness: 230 org
Pesakit discaj keluar: 310 org
Pesakit sedang dirawat dihospital: 1476 org di 102 buah hospital kerajaan dan 3 hospital swasta.

Pesakit disahkan positif H1N1: 316 org (21%)

Kes H1N1 dalam ICU: 40 org.

Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 kes (63%) mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak/bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma/COAD (3), obesiti (3), mengandung/postnatal (1) dan kanak-kanak istimewa (1).

sumber: http://h1n1.moh.gov.my/