Memaparkan catatan dengan label status luar negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label status luar negara. Papar semua catatan

Ahad, 25 Oktober 2009

Obama Isytiharkan H1N1 sebagai kecemasan kebangsaan (National Emergency)

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

WASHINGTON 25 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan influenza A (H1N1) sebagai kecemasan kebangsaan, lapor White House, semalam.
Pengumuman itu akan memudahkan kemudahan perubatan AS untuk mengendalikan peningkatan pesakit selesema dengan membenarkan pengecualian beberapa keperluan Medicare, Medicaid dan program insurans kesihatan Persekutuan lain yang diperlukan, menurut White House dalam satu kenyataan.
Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit AS kelmarin memberitahu selesema babi telah merebak dengan meluas di 46 dari 50 negeri di AS dan menjangka lebih banyak lagi akan dijangkiti wabak itu.
Menurut White House, deklarasi itu bertujuan supaya negara bersiap sedia menghadapi keadaan ‘peningkatan pesat dalam penyakit yang boleh membebani sumber-sumber penjagaan kesihatan’. – Reuters

Lagi sumber:  http://www.mysinchew.com/node/30559

US tops 1,000 swine flu deaths, millions of cases: official 

Highlights: sehingga hari ini, terdapat jutaan kes H1N1 telah dilaporkan di US. kematian dicatatkan lebih 1000 orang, iaitu satu perlima dari jumlah kematian yang dicatatkan diseluruh dunia. Menurut laporan berita, vaksin yang ada di US dikatakan tidak cukup untuk menampung permintaan pesakit yang mempunyai ILI.


TINDAKAN KITA:

Gelombang H1N1 menunjukkan peningkatan mendadak di US. Walaupun tidak ada kematian baru secara rasmi dilaporkan setelah 3 minggu, namun menurut laporan Kementerian Kesihatan melalui blog H1N1 mereka, negara kita masih mencatatkan bilangan mereka yang disahkan positif H1N1. 

Jumlah kematian yang tidak bertambah tidak mencerminkan keadaan yang semakin baik. Oleh itu, kita harus meningkatkan kesedaran tentang H1N1, menjaga kebersihan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sentiasa waspada tentang jangkitan H1N1.

 Untuk maklumat lanjut mengenai vaksin, cara pencegahan, dan berita-berita terkini, sila kli menu yang tertera diatas. 



Sabtu, 29 Ogos 2009

H1N1: Status Terkini Luar Negara

Fakta Ringkas:

1. Negara hemisfera selatan ( Chile, Argentina, New Zealand, and Australia ): jangkitan baru influenza dikatakan berkurangan, sudah melepasi tahap puncak, dan sekarang menurun, kembali ke peringkat asa (permulaan jangkitan, semakin kurang aktif).

Walau bagaimanapun, negara hemisfera selatan seperti Afrika Selatan dan bolivia dijangkakan masih akan mengalami kadar jangkitan Influenza A H1N1 yang tinggi.


2. Negara Beriklim Tropika (Amerika Tengah dan Negara-negara Asia beriklim tropika seperti Malaysia): dijangkakan masih mengalami kadar jangkitan Influenza A H1N1 yang masih tinggi dan akan terus meningkat. Ada negara-negara yang sudah mula mengalami masalah kesesakan di pusat-pusat kesihatan dan hospital.


3. Negara hemisfera utara ( North America, Europe, and Central Asia ) jangkitan kekal rendah, disesetengah bahagian jangkitan berlaku dalam satu-satu tempat sahaja (localized).




sumber: http://www.who.int/entity/csr/disease/swineflu/notes/h1n1_second_wave_20090828/en/index.html

Isnin, 24 Ogos 2009

H1N1 2009: Update Situasi Terkini Antarabangsa

1. Pada 21 Ogos, WHO melaporkan terdapat lebih 182,166 kes H1N1 yang disahkan melalui makmal ujikaji seluruh dunia.
2. Kes kematin dilaporkan oleh WHO adalah sebanyak 1,799.
3. Virus Influenza A (H1N1) masih lagi merupakan virus flu yang dominan di dunia pada ketika ini.
4. Kes H1N1 yang dilaporkan semakin berkurangan di sesetgh bahagian di Australia, Amerika Selatan dan United Kingdom.
5. Walaubagaimanapun, peningkatan kes dan kes-kes pertama H1N1 mula dilaporkan dinegara-negara Afrika.
6. Kes penularan H1N1 semakin ketara di negara-negara beriklim tropika.

Penularan Pandemik Influenza A H1N1 masih lagi aktif

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes yang sehingga 23 Ogos 2009 adalah berjumlah 235,987 dengan 2,543 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

sumber: MOH