Rabu, 26 Ogos 2009

LAGI Mangsa Influenza A (H1N1) ke-71 : Seorang WANITA 24 thn

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-



Seorang wanita berumur 24 tahun yang obes mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 08.08.09. Pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10.08.09 dan dirawat sebagai viral pneumonitis. Pada 12.08.09, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Rawatan antiviral dimulakan pada 12.08.09 dan ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17.08.09. Walau bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pada 19.08.09. Sebab kematian adalah H1N1 with Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS).

sumber : MOH

nota: Arwah meninggal hampir seminggu lepas. Kenapa tidak maklumat lengkap nya terus diumumkan? Apa yang kerajaan cuba sembunyikan? Apa yang sedang berlaku dalam 1Malaysia ni????

1 Komen:

AbgJoe berkata...

dari statistik MOH sendiri patients H1N1 dlm ICU pun lebih 30 orang. tak tau la berapa yg masih dlm treatment. macamana pulak dgn new cases?

musykil musykil