Ahad, 23 Ogos 2009

Penggunaan Antiviral: Pesanan dari CDC

akaman Dr Tony Fiore, Medical Epidemiologist, Centres for Disease Control and Prevention (CDC), US.
Ringkasan:

1. Antiviral drugs boleh digunakan untuk melegakan simptom-simptom influenza H1N1.
2. Antiviral drugs boleh didapati dalam bentul cecair, inhaler atau pil.
3. Antiviral drugs boleh digunakan oleh mereka yang sihat untuk mencegah dari terkena jangkitan flu.
4. Penggunaan antiviral dikalangan pesakit kronik, orang tua (lebih 65 tahun), bayi dan kanak-kanak serta mereka yang berisiko tinggi akibat komplikasi influenza hendaklah diteliti.
5. Jika antiviral diambil sebagai langkah pencegahan (diambil oleh mereka yang BELUM dijangkiti), antiviral drugs boleh meringankan komplikasi influenza dan membuatkan mereka yang dijangkiti kemudiannya berasa sihat lebih cepat.
6. Jika antiviral diambil sebagai langkah rawatan (diambil oleh mereka yang TELAH dijangkiti), antiviral akan memberi kesan terbaik jika diambil dalam lingkungan 2 hari setelah pesakit menunjukkan simptom-simptom influenza.
7. Ubat antiviral MESTI diberikan dengan preskripsi daripada pihak doktor dan profesional.
8. Pesakit H1N1 di US dan Mexico telah menunjukkan kesan apabila diberikan antiviral OSELTAMIVIR dan ZANAMIVIR. 

0 Komen: