Khamis, 27 Ogos 2009

Soalan Matematik A-H1N1

Fakta A-H1N1

Apabila terkena virus A-H1N1, seseorang itu akan menunjukkan tanda-tandanya (symptom)
selepas antara sehari sehingga tujuh hari kemudiannya. Sekiranya tiada tanda-tanda sehingga tujuh hari bermakna tiada jangkitan kemungkinan besar disebabkan oleh ketahanan badan yang tinggi.

Seseorang yang positif dijangkiti A-H1N1 ini, tubuhnya akan mengeluarkan virus ini bermula dari sehari sebelum dia menunjukkan tanda-tanda selsema A-H1N1 sehingga seminggu selepas tanda-tanda itu bermula.


Virus A-H1N1 boleh hidup di luar badan pengidapnya antara 2 hingga 8 jam.


Soalan


Seorang murid terkena virus A-H1N1. Dia pergi ke sekolah seperti biasa. Dia mengalami demam pada hari kedua jangkitan. Pergi ke klinik dan cuma diberi panadol, dia masih pergi ke sekolah seperti biasa.


Pada hari keempat apabila keadaannya semakin teruk dan mula menunjukkan tanda-tanda lain, murid ini dibawa ke hospital dan diambil sampel cairan tekak (throat swab) untuk diuji A-H1N1. Dia disuruh pulang ke rumah untuk dikuarantin. Pada hari keenam apabila semakin teruk, murid ini dimasukkan ke hospital di mana rawatan antiviral dimulakan. Sementara itu dia dimasukkan di ICU.


Pengesahan A-H1N1 di dapati pada hari kesembilan.


Selepas 5 hari di ICU (hari kesebelas), murid ini telah menunjukkan tanda-tanda dia akan pulih dan telah dimasukkan ke wad biasa.


Di kelasnya, murid ini duduk bersebelahan dengan seorang murid lain dan di meja paling hadapan. Di sebelah kanannya terdapat murid lain, di belakangnya terdapat dua orang murid lain.


Jika dia berada di sekolah untuk tiga hari selepas terkena jangkitan, berapa orangkah yang telah dijangkiti virus A-H1N1 dari bawaan murid ini sehingga hari dia disahkan mengidap selsema A-H1N1? Dia tidak pergi sekolah pada hari keempat.


Sekolah tersebut yang menjalankan satu sesi mempunyai 30 kelas dan setiap kelas mempunyai 40 orang murid. Terdapat 50 orang guru dan 10 orang kakitangan sokongan.


Andaikan setiap murid mempunyai 5 orang ahli keluarga, setiap guru dan kakitangan juga mempunyai 5 orang ahli keluarga.

0 Komen: