BERBEKAM MAMPU UBATI H1N1??
Semalam aku lepak bersama rakan-rakan di salah sebuah gerai satey kawanku, Rais di Kota Damansara. Sedang kami lepak, mendengar celoteh Eddieputra yang sedang berbicara tentang perjuangan Dato’ Onn Jaafar, datang seorang lelaki menawarkan khidmat berbekam dengan bayaran satu cawan sebanyak seringgit.
Aku meminta dia bekamkan belakang belikatku. Ini kerana, aku sudah lama berniat untuk berbekam, tetapi sering tergendala disebabkan ketiadaan masa.
Pada kali ini, sambil lepak-lepak dan mendengar celoteh kawan-kawan, aku meminta dibekamkan dibelakang belikatku.
Setelah siap, aku membayar sebanyak RM 9.00 untuk sembilan cawan yang telah dibekamkan di tubuhku.
Setelah pulang, aku tidak terus tidur, tetapi menulis satu article berkenaan dengan kenyataan majlis fatwa tentang syurga adalah hak mutlak Allah SWT. (sila klik)
Setelah itu, aku pun melelapkan mataku dipembaringan.
Dalam tidur, aku bermimpi membaca satu artikle yang menyebut tentang kelebihan yang wujud dalam berbekam, sehingga dapat mengubat penyakit H1N1. Dalam mimpi itu, aku membacanya dengan tekun dan penuh minat. Tidak sempat aku menghabiskan membaca artikle itu, kedengaran azan subuh menandakan solat subuh perlu ditunaikan, maka tersedarlah aku dari tidur, tanpa sempat membaca artikle tersebut sehingga kesudahannya.
Setelah solat, aku berfikir tentang mimpiku itu. aku termenung.
”mungkin boleh tanya ngan anak-anak usrah yang belajar perubatan di UM kot” hatiku berkata-kata.
Pada tengaharinya, iaitu selepas pulang dari menyampaikan kuliah zohor di salah sebuah pejabat kerajaan di Kuala Lumpur, aku menghantar sms kepada anak-anak usrahku yang belajar dalam ilmu perubatan. Aku meminta mereka mencari maklumat tentang kelebihan berbekam dari sudut perubatan, dan kaitkan dengan H1N1.
Dalam ramai-ramai anak-anak usrah itu, salah seorang dari kalangan mereka membalas SMS dengan katanya;
”bekam boleh tingkatkan imuniti 10 kali ganda”
aku tidak memahami maksud imuniti, aku membalas smsnya, ”imuniti tu apa?” tanyaku.
Dibalasnya, ”imuniti adalah sistem pertahanan badan. Lagi kuat imuniti, lagi tak senang kena penyakit. Selalunya, H1N1 akan menyerang manusia yang mempunyai imuniti yang rendah”
Subhanallah... aku terpegun dengan maklumat yang diberikan itu.
Mungkin para pengkaji kena melihat kelebihan dan manfaat disebalik berbekam. Ini kerana, jika diperhatikan kepada Hadis, Nabi Muhammad SAW ada bersabda;
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ
Maksudnya;
”Sesungguhnya sebaik-baik perkara yang kamu buat berubat dalah dengan berbekam[1]”
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 ogos 2009 * 5:15 petang
2 Komen:
uish. murahnya dia bekam. 9 botol, RM9?? kat sini, satu cawan RM10. aih.. cam tok logik je....
tu bekam kat tepi warung satay.
kalau org pompuan nak buat kat warung macam tu, agaknya dapat diskaun, buy one get one free!
Catat Ulasan