Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti:
1. mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan. Tangan hendaklah dicuci dengan sabun dan air (pencuci beralkohol/antibakteria adalah efektif dalam mengelakkan penularan virus H1N1)
2. mengamalkan adab batuk yang sesuai (menutup mulut dengan tisu dan membasuh tangan sesudah itu, tidak menyentuh bahagian muka dan mulut selepas batuk atau bersin atau selepas memegang permukaan atau alatan-alatan yang terdedah).
3. tidak menyentuh bahagian muka (mulut, mata dan hidung) kerana virus boleh memasuki tubuh melalui sentuhan.
4. mengamalkan penggunaan topeng muka (face mask) apabila berada ditempat umum/sesak.
5. elakkan dari berada berhampiran dengan mereka yang mengalami ILI (influenza like illness)/simptom-simptom influenza.
sumber: CDC
0 Komen:
Catat Ulasan