Ahad, 23 Ogos 2009

Perbezaan Antara Vaksin Dan Antiviral

Sejak pengumuman pihak kerajaan bahawa Antiviral Fluhalt dijual dengan harga RM80, banyak pihak terutama peringkat masyarakat awam telah tersalah anggap akan ubatan ANTIVIRAL dan VAKSIN. Ramai yang beranggapan bahawa ANTIVIRAL Fluhalt adalah sejenis vaksin.


Vaksin dan Antiviral adalah berbeza.

Vaksin

Vaksin memperdaya sistem pertahanan badan dengan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria atau virus yang tidak lagi berbahaya.JIka seseorang itu dijangkiti virus atau bakteria yang sebenar dan berbahaya di masa hadapan,sistem badan lebih bersedia untuk menghalang virus tersebut daripada melakukan sebarang kerosakan pada sel-sel badan.

Vaksin mengandungi virus pathogen dalam kuantiti yang sedikit. APabila dimasukkan kedalam tubuh manusia, ia akan mengaktifkan sistem imunisasi tubuh manusia, dan membolehkan tubuh manusia mengenal pasti virus itu sebagai 'benda asing', lalu ''menyerangnya' dan akan 'mengingati' virus yang terkandung dalam vaksin itu, seterusnya, membolehkan sistem imunisasi manusia bersedia menghapuskan virus itu jika berlaku jangkitan kelak. Vaksin biasanya berfungsi dengan lebih berkesan jika diambil sebelum seseorang itu terdedah dengan virus tertentu.

Setakat ini, belum ada vaksin yang disahkan positif mencegah virus H1N1.

Antiviral

Antiviral adalah salah satu dari jenis kelas ubatan yang berfungsi melemahkan komponen-komponen protein tertentu dalam struktur virus. Antiviral bertindak secara spesifik, iaitu satu antiviral, berkesan hanya untuk satu jenis virus. Tidak seperti antibiotik yang membunuh bakteria, antiviral tidak membunuh patogen virus, tetapi antiviral hanya merencat perkembangan patogen tersebut.

Dalam kata lain, antiviral bukan lah penyembuh, hanya merencatkan perkembangan virus daripada menjangkiti sel-sel badan yang lain.

Pembuatan antiviral adalah sangat rumit, ini kerana, virus menggunakan sel perumah (host's cells) untuk replikasi struktur. Struktur virus yang berubah kerana mutasi, terutamanya virus influenza menyebabkan antiviral harus sentiasa dikaji setiap tahun. Oleh itu, amat sukar untuk mencari satu jalan terbaik menghasilkan antiviral agar sel perumah tidak turut terancam akibat mutasi virus.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Antiviral_drug, http://en.wikipedia.org/wiki/Vaccine

0 Komen: