Ahad, 23 Ogos 2009

Apa itu H1N1?

H1N1 - Asal Usul

'H' bermaksud Hemagglutinin protein
'N' bermaksud Neuraminidase protein

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia.

H1N1 yang kini merebak diserata dunia mempunyai genetik daripada empat elemen virus flu yg berbeza - North American Mexican influenza, North American avian influenza, Human Influenza dan Swine Influenza yang sering ditemui di Asia dan Eropah. Strain baru ini didapati terhasil daripada susunan semula virus daripada manusia, babi dan burung.

Sejarah

Sejarah menunjukkan bahawa variasi dari virus H1N1 menyebabkan 50-100 juta orang menjadi korban sewaktu wabak Spanish Flu Pandemic melanda pada tahun 1918-1919. Namun begitu, vius ini telah dikesan semula pada pertengahan April 2009 di bandar Mexico, dan pada 26 April 2009, virus ini telah mula merebak dengan kes-kes dilaporkan di Kanada, Us, New Zealand, UK, France, Spain dan Israel.

Pada 29 April 2009, WHO menaikkan amaran pandemik kepada Peringkat Ke Lima dan seterusnya, pada 11 Jun 2009, WHO meningkatkan peringkat amaran kepada Fasa Ke Enam, dimana kes jangkitan Influenza A H1N1 telah mencecah hampir 30,000 serata dunia, dan diisytiharkan sebagai kes pandemik global.

0 Komen: