Isnin, 24 Ogos 2009

Penawar Alami Influenza A – H1N1 (selsema babi)

Allah Swt telah mencipta manusia dengan bekalan tahanan diri untuk hidup sihat di muka bumi ini. Setiap penyakit insyaAllah ada penawarnya. Penawar terbaik ialah dari bahan sumber susu dan tumbuhan di sekeliling kita. Sumber ini mestilah mentah (raw) tanpa diproses, kerana pemprosesan seperti steril dan mecantikkan produk menghapus zat semula jadi makanan berkenaan.

H1N1 ialah serangan virus. Maka penawar yang perlu dicari ialah bersifat anti-viral. Virus hidup dalam keadaan asidik, oleh itu kurangkan karbohidrat dan banyakkan jus sayuran dan buahan yang bersifat alkali.

Disini saya ingin memberikan beberapa berita penawar alami yang saya terima dari rakan-rakan yang telah mengalami atau ada kenalan yang menghidapi H1N1.

1. Transfer Factor (4lire Research) ialah molekul memori yang jika kita manusia makannya TF itu akan mengajar sistem imun manusia untuk mengenal virus binatang agar sistem imun dapat terus membunuh virus yang masuk ke badan kita.

2. Gabungan habatus sauda dan bawang putih. Kedua-dua bahan ini merupakan anti-viral dan antibiotik alami. Gabungan HS dan BP akan memberikan kesan penyerapan ke sistem imun badan kita 10 kali ganda jika diambil berasingan.

3. Minyak kelapa dara (virgin coconut oil – VCO) ialah anti-viral yang sangat menakjubkan. Ia boleh diberi kepada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. Sukatannya orang dewasa 3 sudu makan sehari. Untuk bayi bolehlah diberi 1/2 sudu teh 3 kali sehari.

Walaupun VCO tidak spesifik seperti ubat anti-viral yang diberikan di klinik, tetapi kesannya telah terbukti. Dr Mary Enig dalam artikel yang saya sertakan diatas mengatakan bahawa monolaurin mampu menyahaktifkan pathogen seperti HIV, measles, vercular stomatitis virus (VSV), herpes simplex virus (HSV), visna, cytomegalovirus, influenza virus dan bermacam lagi. Monolaurin melarutkan lipid didalam virus lalu merosakkan selaput (envelope) virus tersebut. Jadi, minyak kelapa dara sangat penting sebagai pencegahan awal, dan insyaAllah sebagai ubat kepada H1N1. InsyaAllah dengan pengambilan air kelapa bersama isinya juga mempunyai kesan sama, cuma kesan terapeutiknya kurang berbanding VCO.

4. Herba jintan putih jika dibuat teh minuman, digunakan sejak beribu tahun untuk menyembuh selsema dan demam. Mungkin juga boleh digunakan untuk menangani H1N1.

5. Buah epal hijau 6 biji sehari serta buah-buahan lain yang kaya vitamin C dan antioksiden seperti jambu batu, oren, roselle dan sebagainya. Epal mempunyai kesan alkali membunuh virus, sifat sedatif, membantu pemulihan luka, menghalang sembelit (banyak fiber), sumber tenaga dari gula yang mudah serap, pektin dalam fiber terlarut membantu dalam mengurangkan LDL dalam kolesterol, bersifat isotonik membantu hidrasi dan bersifat laksatrif.

6. Air kelapa muda yang kaya dengan nutrien minerals merupakan minuman isotonik alami dan juga bersifat antiviral. Buah tamar mempunyai kesan tonik, mudah dihadam dan memberi tenaga dan menyah toksid. Penawar gabungan dua bahan ini diamalkan di Thailand dengan jayanya. Buah tamar direndam dalam air kelapa muda selama 1 hingga 2 jam sebelum diminum dan dimakan.

Semoga kita sama-sama dapat menjaga tahap kesihatan dengan sebaik mungkin, dan yang lebih penting, berdoa agar penyakit ini tidak terus merebak dan dipermudahkan kita melaluinya. Ada sebabnya Allah jadikan penyakit ini, agar kita sedar akan kesilapan kita sebagai manusia, dan sedar bahawa manusia ini tidak berkuasa, tetapi Allah-lah yang berkuasa atas setiap sesuatu.

“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak karuniaNya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang”
-surah Yunus, 10:107.
“Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hambaNya.”
-surah Fussilat, 41:46 -

3 Komen:

Hanz_Azdi berkata...

jzk ali

ali berkata...

oh trima kasih hanzie.selamat berpuasa.semoga kita semua dijauhkan dari h1n1,insya allah.

comeltembam berkata...

Artikel ini dari website orang lain kan ? Kerja ciplak (plagiarism) ini langsung tidak beretika, umpama mencuri kerja orang lain.