Berbagai kajian telah membuktikan hubung-kait antara vitamin D dan influenza yang mana kehadiran Vitamin D yang mencukupi akan mengurangkan kemungkinan jangkitan influenza pada seseorang itu.
Vitamin D adalah lazimnya dihasilkan oleh lapisan kulit yang terkena cahaya matahari yang mana ini memberi secukupnya vitamin D pada manusia di zaman lampau. Di zaman sekarang di mana kita seboleh mungkin mengelak dari sinaran matahari, penghasilan semulajadi vitamin D dalam tubuh kita adalah terlalu sedikit. Di tambah pula untuk bangsa Melayu (dan India) yang mempunyai kulit yang gelap, penghasilan vitamin D adalah jauh kurangnya dari bangsa yang berkulit cerah.
Adalah disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,000 IU vitamin D3 sehari jika kita tidak langsung terdedah kepada cahaya matahari seharian. Sebagai perbandingan, pil Kalsium + Vit D mengandungi cuma 200 IU vitamin D3. Maka kita seharusnya mengamalkan aktiviti luaran seperti berjalan kaki (tanpa berpayung) atau berkebun sekurang-kurangnya selama 15 minit dalam sehari. Jika aktiviti tersebut dibuat sambil berpakaian yang menutup sebahagian besar tubuh, ianya hendaklah dibuat dengan tempoh yang lebih lama.
Kegemukan
Oleh kerana vitamin D adalah mudah larut dalam lemak, golongan yang gemuk kebiasaannya akan menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin D terutama mereka yang tidak gemar membuat aktiviti luar.
Golongan ini memerlukan lebih terdedah dengan sinar matahari untuk memastikan cukup bekalan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh mereka. Begitu juga jika mengambil suplemen, mereka mesti mengambil pada kadar yang lebih dari sukatan biasa.
Sumber lain yang juga kaya dengan vitamin D adalah minyak ikan cod - bagus diamalkan untuk kanak-kanak setiap hari.
Untuk bacaan dan rujukan:
1. Canada examines vitamin D for swine flu protection
2. Epidemic Influenza And Vitamin D
3. H1N1 Flu And Vitamin D
4. Vitamin D is Called the Sunshine Vitamin for Good Reason
5. On the epidemiology of influenza
6. Sunlight, vitamin D and health: A D-lightful story
0 Komen:
Catat Ulasan