Selasa, 1 September 2009

H1N1: 3 Kematian Lagi Masih Dalam Siasatan

Daripada 193 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU dimana 6 kes merupakan kemasukan baru, sementara 6 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (78%) mempunyai faktor risiko.  Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (8), obesiti (11), kanak-kanak/bayi (8), post-natal/hamil (4), penyakit jantung (2), asthma (1) dan immuniti rendah (2).  
Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia  telah menerima laporan mengenai tiga (3) kematian yang berlaku pada 30  Ogos 2009 di Negeri Sembilan. Mereka ini berumur di antara 24 hingga 42 tahun dan kes ini akan dibentang kepada Jawatankuasa Semakan Kematian influenza A (H1N1) pada hari ini. Keputusannya akan diumumkan secepat mungkin sama ada kematian ini disebabkan oleh jangkitan influenza A (H1N1)  atau sebaliknya. 
sumber: MOH

0 Komen: