Rabu, 9 September 2009

Statistik A(H1N1) 9hb Sep 2009

klik untuk besarkan
Statistik A(H1N1) setakat 9hb Sep 2009. Terdapat perbezaan angka kematian (75) berbanding dengan jumlah yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu 73 setakat hari ini. Angka rasmi KK kemungkinan besar adalah untuk jumlah kematian rakyat Malaysia seramai 73 orang. Ini tidak termasuk 1 kematian rakyat Indonesia dan 1 kematian rakyat Togo.

Vitamin D untuk mengelakkan jangkitan A(H1N1)

Berbagai kajian telah membuktikan hubung-kait antara vitamin D dan influenza yang mana kehadiran Vitamin D yang mencukupi akan mengurangkan kemungkinan jangkitan influenza pada seseorang itu.

Vitamin D adalah lazimnya dihasilkan oleh lapisan kulit yang terkena cahaya matahari yang mana ini memberi secukupnya vitamin D pada manusia di zaman lampau. Di zaman sekarang di mana kita seboleh mungkin mengelak dari sinaran matahari, penghasilan semulajadi vitamin D dalam tubuh kita adalah terlalu sedikit. Di tambah pula untuk bangsa Melayu (dan India) yang mempunyai kulit yang gelap, penghasilan vitamin D adalah jauh kurangnya dari bangsa yang berkulit cerah.

Adalah disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,000 IU vitamin D3 sehari jika kita tidak langsung terdedah kepada cahaya matahari seharian. Sebagai perbandingan, pil Kalsium + Vit D mengandungi cuma 200 IU vitamin D3. Maka kita seharusnya mengamalkan aktiviti luaran seperti berjalan kaki (tanpa berpayung) atau berkebun sekurang-kurangnya selama 15 minit dalam sehari. Jika aktiviti tersebut dibuat sambil berpakaian yang menutup sebahagian besar tubuh, ianya hendaklah dibuat dengan tempoh yang lebih lama.

Kegemukan

Oleh kerana vitamin D adalah mudah larut dalam lemak, golongan yang gemuk kebiasaannya akan menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin D terutama mereka yang tidak gemar membuat aktiviti luar.

Golongan ini memerlukan lebih terdedah dengan sinar matahari untuk memastikan cukup bekalan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh mereka. Begitu juga jika mengambil suplemen, mereka mesti mengambil pada kadar yang lebih dari sukatan biasa.

Sumber lain yang juga kaya dengan vitamin D adalah minyak ikan cod - bagus diamalkan untuk kanak-kanak setiap hari.

Untuk bacaan dan rujukan:

1.
Canada examines vitamin D for swine flu protection

2. Epidemic Influenza And Vitamin D

3. H1N1 Flu And Vitamin D

4. Vitamin D is Called the Sunshine Vitamin for Good Reason

5. On the epidemiology of influenza

6. Sunlight, vitamin D and health: A D-lightful story

Sabtu, 5 September 2009

H1N1: Elak dari menggunakan topeng muka yang boleh dibasuh dan dipakai semula


Jumaat, 4 September 2009

Terkini H1N1

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
4 September 2009

Sumber:http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php

Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 103 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,176 pesakit ILI sedang dirawat di 108 buah hospital termasuk 12 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 236 pesakit (20.1%) yang telah disahkan positif H1N1.

Daripada 236 kes yang disahkan H1N1, 49 kes berada di ICU di mana 10 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 49 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (67.3%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit respiratori (asma, COPD) (6); penyakit kronik seperti penyakit jantung (1), Diabetes Mellitus (4), penyakit buah pinggang (2), penyakit immunosuppressive (1); hamil (1); obesiti (9) dan kanak-kanak/bayi (9).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Berdasarkan panggilan hotline, 5 soalan yang paling kerap diterima daripada orang ramai adalah berkaitan vaksin, situasi semasa Influenza A(H1N1), simptom/gejala dan penyebaran serta langkah-langkah pencegahan.

Sehingga kini masih belum ada vaksin di pasaran untuk melindungi seseorang daripada Influenza A(H1N1). Vaksin ini masih di peringkat ujian klinikal.Orang ramai masih kurang jelas dengan simptom/gejala influenza A(H1N1). Gejala Influenza A(H1N1) adalah demam, batuk, sakit kepala, sakit sendi dan badan, selesema dan sakit tekak serta susah bernafas.

Orang ramai perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Menutup mulut ketika bersin dan batuk.

  2. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk dan bersin.

  3. Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.

  4. Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

  5. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak

Sekiranya seseorang berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam. Individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi dan mengalami gejala influenza A(H1N1) perlu segera mendapatkan rawatan awal.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 dan 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan ke alamat email cprc_h1n1@moh.gov.my. Maklumat terkini juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 4 September 2009

Selasa, 1 September 2009

H1N1: 3 Kematian Lagi Masih Dalam Siasatan

Daripada 193 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU dimana 6 kes merupakan kemasukan baru, sementara 6 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (78%) mempunyai faktor risiko.  Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (8), obesiti (11), kanak-kanak/bayi (8), post-natal/hamil (4), penyakit jantung (2), asthma (1) dan immuniti rendah (2).  
Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia  telah menerima laporan mengenai tiga (3) kematian yang berlaku pada 30  Ogos 2009 di Negeri Sembilan. Mereka ini berumur di antara 24 hingga 42 tahun dan kes ini akan dibentang kepada Jawatankuasa Semakan Kematian influenza A (H1N1) pada hari ini. Keputusannya akan diumumkan secepat mungkin sama ada kematian ini disebabkan oleh jangkitan influenza A (H1N1)  atau sebaliknya. 
sumber: MOH